Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana sehari ke sehari, pelanggan Wanneza Luxury semakin bertambah. Walaupun sekadar menjadi stokist kepada jenama JELITASARA, namun nama kami semakin hari semakin kerap meniti di bibir pelanggan dan peminat shawl JELITASARA. Insyaallah suatu hari nanti, jika diberi keizinan kami akan keluarkan produk kami sendiri. INSYAALLAH…Korang doakan saya ye.
Instagram kami bermula daripada 100 orang follower. Namun semakin hari semakin meningkat naik. Sehingga ke hari ini kami mampu mencapai hampir 7k++ follower dan semuanya adalah aktif follower dan bukan robot. Alhmdulillah..ramai-ramai follow kami @wannezaluxury ye. Insyaallah kami akan bagi servis yang terbaik hanya untuk customer kami.
Sekarang, bagi menampung permintaan pelanggan di sekitar Selangor dan kuala lumpur, kami telah join vendor dengan IMANRAZA EXCLUSIVE BOUTIQUE di wangsa maju. Kami faham kerana ada customer yang ingin pegang,rasa dan melihat sendiri koleksi JELITASARA secara dekat. Alhamdulillah, dengan lokasi butik yang strategic, BUTIK IMANRAZA senang dikunjungi oleh pelanggan dari KUALA LUMPUR dan sekitarnya.
Pendek kata, jika dulunya kami hanya berjalan dan bertatih, namun sekarang kami sudah mampu berlari. Saya berharap Wanneza Luxury akan mampu duduk sebaris dengan jenama-jenama terkenal yang lain seperti Leeyanarahman, Minaz, Bellaammara,Aidijuma,Fareeda dan sebagainya.
Ok. Saya nak share sikit tentang apa itu vendor butik?
Kalau ikut pendapat saya, vendor butik tu merupakan satu butik yang menghimpunkan pelbagai jenama di bawa satu bumbung. Macam-macam ada jual kat butik tu dari baju,tudung, sehinggalah ke aksesori. Jadi senang untuk customer membuat pilihan. Mula-mula beli baju, then cari tudung yang match dengan baju kemudian boleh cari aksesori yang sesuai dengan pakaian. Ini bukan sahaja memberi kesenangan kepada pelanggan bahkan memberi keuntungan kepada vendor yang ada dibutik itu.
Next Entry saya akan kongsi macam mana caranya saya mencari vendor butik terbaik.
So STAY FOLLOW saya ye.