Thursday, March 31, 2016

Bercuti di Seraya Pantai Chalet Pengkalan Balak.

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tak membebel kat sini kan, sibuk dengan business sekarang ni. Alhamdulillah Wanneza Luxury semakin dapat tempat di hati wanita-wanita gorgeous di Malaysia ni. Mulai bulan 1 april 2016, Koleksi Jelitasara akan berada di BUTIK IMANRAZA wangsa maju. Syukur padamu Ya allah kerana memberi peluang untuk kami melangkah jauh. So siapa-siapa yang berdekatan dengan wangsa maju, boleh lah singgah ke butik IMANRAZA untuk melihat koleksi terbaru dan terkini dari JELITASARA. 

Buat masa ni, saya belum lagi berkesempatan untuk mengetengahkan produk sendiri daripada Wanneza Luxury, Insyaallah beri kami masa untuk kami susun strategi dulu. Cheeewaah..

Apa kaitan dengan percutian di seraya pantai chalet tu. hehehe ok2.. kita teruskan cerita ni sebelum saya melalut dengan lebih panjang.

Bulan januari hari tu, family saya ada buat short vacation ke MELAKA di pengkalan balak. Nama pun short vacation, semua nak last minute kan. Sebenarnya tak planning pun nak tido di pengkalan balak. Kebetulan time tu ada kenduri kahwin di Mambau negeri sembilan. So, husband cakap, alang-alang dah ada sini apakata sponsor satu family ke pengkalan balak. 

Apa lagi kelam kabut lah saya, yelah dua hari sebelum pergi baru buat keputusan nak tido sana. Call semua chalet semua penuh. Mungkin sekarang zaman orang stress so bila ada cuti je.. semua akan bercuti. hihihihi....Lepas call sana call sini, search sana,search sini..akhirnya dapatlah contact no Pantai Seraya Chalet ni. Alhamdulillah masih available. Saya lock 9 bilik untuk my family, Harga dalam RM150 semalam. 

Apa yang bestnya, kedai makan dekat, so untuk makan tak perlu pergi jauh2 jalan kaki sahaja.



Contact no Pantai Seraya Chalet


Kuar je dari chalet ni nampak pantai. pantainya pun cantik dan bersih. ada di sediakan tempat untuk BBQ lagi. Sesuai sangat untuk EVENT.



Ni bilik dia. Yang ni murah tak silap sebab leh masuk dua orang je. dalam RM90/bilik.


Ni  bilik yang kami duduk tu. 9 bilik bawah. semua kami punya. memang happenning.



Ni waktu petang. Kalau pagi-pagi leh tengok sunrise. Lawa sesangat.

Time ni jejalan cari makan. Sepanjang pantai ada jual makan-makan. so boleh pilih nak makan kat mana.


Keluar je dah nampak kedai makan.


Overall untuk Pantai Seraya Chalet ni saya bagi 3 bintang, sesuai sangat untuk percutian budget. Bilik pun tak mahal. Berpatutan sangat. 

Kami stay sehari semalam sahaja..masing-masing sibuk nak keje. hehehe.


CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...