Monday, June 6, 2016

Saya Penghidap PCOS

Assalamualaikum w.b.t,

Sedih sebenarnya untuk menaip disini, perit jika mengingatkan kembali benda yang ingin eza lupakan. Namun tetap kuatkan hati juga kerana catatan ini mungkin akan jadi kenangan apabila doa eza termakbul. " Sayang, mama harap bila kamu hadir nanti, kamu tahu begitu struggle mama nak dapatkan kamu tau. Bila dah besar nanti, jangan tinggal mama dan ayah kat rumah orang tua-tua tau. Jaga mama dan ayah elok, macam kami jaga kamu." Mama harap "kamu" akan hadir dalam hidup kami secepat yang mungkin kerana kami sangat merindui keletahmu.

Sebelum ni eza pernah cerita tentang period eza yang tak datang berbulan-bulan. KLIK SINI untuk baca entry yang sebelum ni. Sekarang eza nak sambung, result yang eza dapat setelah berjumpa doktor.

Pagi khamis, seingat eza 13/05/2016. Time tu masih menunggu period. Eza MC hari tu sebab rasa badan tak sihat, lemah dan tak bermaya je. Husband eza janji nak bawa eza jumpa pakar sakit puan ari isnin, tapi sebab tak sihat, so eza ambil keputusan untuk ke HOSPITAL NALURI  hari itu. Alang-alang boleh ambil MC kan. Then pergi sana sorang-sorang je, husband keje. Dalam tak sihat gagahkan diri juga untuk drive. Eza pergi tengah hari, dalam pukul 3, Tak ramai orang tapi masa menunggu agak lama sebab waktu consultancy yang diambil oleh seorang pesakit dianggarkan dalam 30minit. Dalam pukul 4, baru nama dipanggil masuk.

" Ye Puan Eza, apa masalah, boleh saya tahu. " Doktor yang merawat eza namanya Doktor Marsha. Baik dan lemah lembut orangya. Setiap perkataan yang dia ingin sampaikan dia akan susun elok-elok supaya tidak mengguris hati pesakitnya. "Doktor syak awak ada PCOS". Muka eza blur. Pernah dengar tapi tak tahu details. Dalam hati, ya allah, aku ni penghidap PCOS juga rupanya. Doktor cakap, kemungkinan eza dapat PCOS ni kerana berat badan eza yang overweight. So doktor suruh eza turunkan berat badan, Insyaallah PCOS ini akan hilang. Doktor cakap, sekarang ni mungkin dalam ovari eza ada CYST yang kecil-kecil menyebabkan telur tak matang dan tak dapat dirembes keluar ke tiub fallopio. Tapi tu anggapan je, sebab belum check lagi. 

Untuk confirm, doktor minta eza baring. Dia jalankan ujian. Mula-mula dia SCAN perut untuk confirmkan yang Eza tak pregnant. Memang dah dijangka, eza memang TAK PREGNANT pun.

Nampak tak? Doktor cakap tak de kantung pun. 
Jika ada baby, kantung akan jelas nampak. sekarang dia kosong je.
 CONFIRM TAK PREGNANT....T_T



Then, doktor cakap nak SCAN melalui bawah sebab nak tahu ada masalah tak dengan rahim dan ovari. 1st time eza buat ujian tu, masa dia masukkan alat tu rasa macam perit-perit sikit then doktor cakap mai doktor explain kat awak, refer gambar kat bawah ni.



Ni rahim eza, nampak tak yang bertanda dengan pen tu, 
doktor cakap rahim cantik tak de masalah, saiz dia pun normal. 
FIBROID pun tak de, 
Tapi tebal rahim dalam 1cm sebab dah 4 bulan tak period kan.




Ini ovari sebelah kanan, Nampak tak yang circle dengan pen tu. Cuba perhatikan nampak hitam-hitam kat bahagian tepi. Yang hitam tu doktor cakap cyst-cyst kecil dimana telur yang dilepaskan tak sempat dikeluarkan dari ovari. dia tak sempat matang. Bila lama-lama dia stuck dan jadilah tersumbat. Itu yang eza faham lah, Kalau weight eza dah turun, doktor cakap yang cyst-cyst kecil ni akan keluar. Eza tahu maksud doktor, yang menyebabkan ia tersumbat tu adalah lemak-lemak eza. Nampaknya memang kena struggle untuk kurus lah kan. huhuhuhu



Sama gak dengan ovari sebelah kiri. Tu pasal lah susah nak pregnant. 
Telur tak de..macam mana nak disenyawakan.


Doktor cakap, alang-alang dan buat ujian ni. Mai doktor tolong awak buat PAP SMEAR sekali untuk pastikan tiada tanda-tanda awal kanser. Erm, pasrah je lah time tu. Otak duk fikir, ujian apakah ini. 
Apa itu PAP SMEAR, nanti eza ceritakan di next entry,

Thursday, June 2, 2016

Mengandungkah Aku?

Assalamualaikum w.b.t.

Terasa kekok untuk membahasakan diri sebagai saya kerana saya beranggap pembaca merupakan kawan terdekat saya. Jadi mulai hari ni, saya bahasakan diri saya eza...hiihi...sila baca dengan sesuka hati ye...hehehe

Entry kali ni mungkin berbaur sedih dan panjang melebar. sila baca dengan sabar dan tenang ye. Eza cuba kuatkan hati untuk menulis. Mungkin penulisan ini dapat memberi sedikit semangat untuk eza berusaha lebih gigih. 

To all reader, please be open minded.

Ceritanya bermula dari bulan february 2016. Eza masih ingat lagi 02/02/2016 merupakan hari 1st period untuk bulan february. Period normal. macam biasa 7 hari kemudian dah boleh solat. Then, after period eza ikut kawan pergi jumpa tukang urut, Katanya tukang urut ni bagus, dah banyak yang lekat selepas berurut dengannya. Kawan eza yang kosong setahun lebih pun terus lekat selepas berurut dengan makcik ni. So sebab memang nak anak, eza pun pergi lah berurut. Masa 1st berurut, mak cik tu cakap, rahim eza rendah, dia tolak-tolak rahim eza naik atas. Sakit sangat, rasa macam nak terputus urat perut. Selepas tu, dia urut dekat ovari, dia cakap macam ada ketulan gitu...Pastu dia cakap, tak pe datang lagi lain kali nanti dia urut lagi.

Bulan March, eza tunggu period macam biasa, tapi period tak datang-datang, lewat 7 hari kot, Punya lah excited pergi beli pregnancy test. Tapi macam biasa, bila check hanya satu line saja. Kecewa sangat time tu sampai air mata menitis.. Tapi tak bagitau husband pun sebab husband eza tak suka kalau eza sedih-sedih. So depan dia terpaksalah tunjuk happy tak de apa-apa. Tapi dalam hati, memang dah bengkak dah menangis.

Disebabkan period tak datang lagi pada pertengahan bulan MARCH tu, eza pun ambik keputusan nak pergi berurut lagi sekali. Jumpa makcik tu dan ceritakan masalah period dah dua minggu lambat. So dia pegang-pegang perut, then dia cakap. kosong je ni..tak de baby lagi. Aduh time tu,,sekali lagi harapan berkecai. T_T. Tapi masa dia urut tu, eza rasa macam ada ketulan, senak kat tepi ari-ari sebelah kiri. Terdetik dalam hati, "EH.EH..entah-entah baby aku..lagipun makcik ni bukan doktor." Tetiba timbul kerisauan disitu. Jika yang ku rasa itu adalah anakku.. MAAFKAN MAMA SAYANG.

Awal bulan APRIL, period masih tidak datang lagi. Eza dah risau. Then cerita dekat hubby, cakap nak pergi jumpa doktor, nak SCAN apa masalah sebenarnya. Pregnancy test, jangan cakap lah, Dari harga yang murah sehinggakan harga yang paling mahal, semua eza dah try, Tapi result still sama, negatif juga. Eza tahu husband eza mengharap sangat-sangat yang kali ini memang rezeki kami. Petang selepas kerja kami pergi ke klinik untuk SCAN. Tapi silap kami kerana kami hanya pergi ke KLINIK biasa je, tak pergi ke HOSPITAL PAKAR WANITA DAN SAKIT PUAN.

Masa dekat klinik aritu, tak ramai orang. Hati berdebar-debar. DOA banyak-banyak supaya LEKAT. Siap cakap-cakap lagi dalam hati. "Baby, jika kamu betul-betul hadir mama akan jaga kamu elok-elok". Tengah-tengah berangan, nama eza dipanggil masuk jumpa doktor. Lepas cerita sedikit - sebanyak tentang tujuan kami, doktor pun suruh eza baring. Nervous sesangat sebab itu adalah pengalaman pertama dan mungkin HARAPAN dan IMPIAN terindah bakal menjelma. Eza pandang husband eza. YA ALLAH mukanya menunjukkan yang dia betul-betul mengharap. T_T.




Masa SCAN, doktor tu tanya ada kencing ke tadi..Dalam hati, ada kaitan dengan pundi kencing ke tak datang period ni..Hihihi...kelakar juga time tu. "Tak de doktor" pastu doktor tu diam, fokus lagi.. 
"Saya tengok, rahim awak ni kosong, tak de BABY pun, kalau lekat, mesti dah nampak sebab dah dekat 3 bulan kan period lambat" Masa tu, rasa nak meraung je, Eza pandang suami, tengok muka dia, dalam hati eza berkata-kata MAAFKAN EZA ABANG, MAAFKAN EZA kerana bagi harapan...Doktor cakap, bulan depan kena datang lagi untuk sahkan sama ada PREGNANT atau tidak. Jika period masih tak datang dan keputusan SCAN masih negatif, doktor akan bagi saya makan ubat untuk turunkan PERIOD, Ya Allah, 1st time dalam hidup jadi macam ni. 

Baliklah rumah dalam keadaan sedih. Husband eza, lagaknya macam biasa, macam tiada apa. Erm, lagi satu, husband eza sebenarnya memang jarang bercakap pasal anak ni, namun eza tahu dia memang nak anak sangat-sangat. MAAFKAN EZA. Masa dalam perjalanan, kami bercadang, bulan depan nak ke Hospital Pakar sahaja, Ye lah, mana tahu ada penyakit lain Balik rumah, macam biasa, lakukan rutin harian..Makcik Tukang Urut tu. Erm, selepas kali kedua ke sana, eza dah tak pergi dah. Kononnya nak tunggu keputusan bulan 5 nanti.


Mama sangat rindukan kamu sayang. 
Hadirlah sayang. 
Mama tahu, selagi dalam diri mama ni ada rahim, 
selagi itu mama akan tidak berhenti mengharap menunggu kehadiranmu.

Mengapa Lelaki Ego

Hai, assalamualaikum...
Lama rasanya tak menulis. Saya bukan seorang blogger yang tegar. Malah follower pun tak ramai. Tapi kadang-kadang saya suka menulis sebab saya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati...

Kenapa lelaki ego?. Kita sering kali tanya diri kita. Tak boleh ke dia mengalah dengan kita..kenapa kita yang selalu terluka. Pada pandangan saya..memang sifat lelaki macam tu..nak-nak lagi bila seorang lelaki tu bergelar suami..dia merasakan dia sajalah yang mampu buat keputusan. Jadi disini..jika taknak bergaduh panjang..sebagai wanita, sebagai isteri, kita akan mengalah..sebab tak nakbenda ni berpanjangan. Lebih-lebih lagi kepada yang dah ada anak...sebab pergaduhan suami isteri mampu mendatangkan kesan negatif terhadap anak-anak kita. Boleh dikatakan sebagai penderaan mental kepada mereka.
.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Apatah lagi suami isteri kan. So orang cakap, kalau tak gaduh tak best. Betul tak..? Hahaha..
.
Apa peranan kita sebagai wanita apabila hadapi lelaki yang ego.
1. Bersabar selagi boleh.
2. Jangan melawan
3. Gunakan psikologi
4. Buat tak tahu je (tapi ni susah..)
5. Minta maaf walaupun kita tak salah.

Lelaki pula, janganlah ego sangat. Tak kemana pun. Kau ego,kau marah..dia juga yang jaga kau time kau sakit. Tak gitu.



CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...