Sunday, November 29, 2015

Tips untuk Berjaya dalam Online Business di Facebook

Assalamualaikum,

Hai, buat apa korang. Online ek. Hehehe. Entry ni rasa macam nak kongsi tips untuk berjaya dalam online business terutama facebook. Kenapa FACEBOOK? Kerana zaman sekarang, ramai yang ada facebook tidak kira golongan umur. 

Tips ini saya dapat dari Juwatan Online yang terkenal iaitu Irfan Khairi. So untuk tidak lupa tips ni, saya rasa saya nak share dekat sini. =)

Untuk Berjaya dalam business di Facebook kita kena pegang dengan prinsip F.A.C.E.B.O.O.K

What? Mesti korang cakap saya main-main. Apa kaitan facebook and F.A.C.E.B.O.O.K sama je kan. Ok, jangan marah-marah, mai kita baca apa makna  F.A.C.E.B.O.O.K.

F = Fan Page
A = Add Like
C = Connect to people
E = Experience
B = Buy advertisement
O = Offer
O = Online Always
K = Keep Going step F to O

Fan Page
Fan page ialah page yang kita createkan untuk memulakan business. Ia juga dikenali sebagai business page dimana kita berkongsi informasi tentang perniagaan kita. Kelebihan fan page ialah kita boleh engage dengan unlimited people. Tiada had. 

Add Like
Lagi ramai yang like fan page kita, lagi cerah peluang kita untuk dapat sale. Ini kerana, sekali post di fan page, semua yang like page kita akan dapat promosi tentang produk. Mudah bukan?

Connect to People
Kebiasaanya ada 2 ways communication dimana ada pertanyaan dan soalan. Lagi bagus jika kita pos status dan tinggalkan pertanyaan. 

Experience
Yup. Jangan kedekut. Ilmu itu akan lebih berkat dan melekat di minda jika kita sharing to others. Kalau tak de benda nak share. Boleh share maklumat dekat follower or liker kita. Macam yang saya buat ni,.. hehehe...(tersyok sendiri pula =P)

Buy Advertisement
Beli iklan. Beli iklan. Beli iklan. Haa.. nak berjaya, jangan takut untuk beli iklan. kat facebook ada facebook ads. So, untuk dapatkan banyak like supaya korang ramai follower, korang boleh purchase advertisement. Ini lagi mudah untuk promosi jualan kita kerana ramai yang akan engage dengan fan page kita.

Offer
Selalulah buat offer. Offer new year, Offer Chinese New Year dan sebagainya. Pendek kata korang kena alert dengan cuti umum dan perayaan di Malaysia ni. Contohnya korang boleh tengok JUSCO, AEON BIG, GIANT dan lain-lain, pantang ada perayaan atau sambutan di malaysia, pasti ada SALE!. kecuali sambutan hari lahir saya...hihihi.

Online Always
Yang ni penting.. Korang kena tunjuk yang korang selalu online. Caranya, post lah status, share page ke, apa-apa je yang customer tau korang ni sentiasa aktif online. Ini kerana nak build trust dekat customer yang kita ni exist..Kalau korang memang selalu online tapi tak tunjuk yang korang ni exist, mesti customer akan fikir dua tiga kali untuk beli dengan korang. Ye la, t bank in duit senyap. Tak de feedback. (faham tak part yang ni, kalau tak faham boleh tanya ye)

Keep Going
Yang ni step F-O. Korang kena selalu buat. Jangan ada miss.Insyaallah nanti korang akan berjaya. 

Sekarang Wanneza Luxury pun dalam tempoh belajar lagi, banyak yang perlu diperbaiki. Tapi ilmu yang ada ni, saya kongsikan untuk semua. Saya bukan guru, bukan sifu. saya pun masih belajar. dan ingin berjaya macam sifu-sifu perniagaan online yang lain. So jom sama-sama kita berjaya. kikiki.

Jangan lupa klik website saya untuk shopping ye. Jika berkenan terus beli tau.=P

Website : www.wanneza.com
Instagram : @wannezaluxury
Fan Page : Wanneza Luxury


Thursday, November 19, 2015

Nasi Kandar Penang - Part 3


Ok. Kita sambung part 3.

Kat Tambun tu ada macam-macam, Swan Lake, Tiger feeding, Flying fox, hotsprings dan macam-macam lagi. Ada tempat yang extra caj and ada tempat yang free sahaja. So, if nak jimat, pergi je lah tempat yang free. Oh lupa, kat sana juga ada mini zoo. Aizzat yang paling happy dekat sini sebab dia dapat pegang burung.




Burung patuk tangan dia, Adoi, cakitnya...




Tapi walaupun kena patuk, tak serik lagi. Sebab tu husband saya panggil Aizzat ni budak tak makan saman. Saman mana boleh makan abang. =p


Naik lah tren sebab sayang lemak. Malas nak jalan. Ni 1st time aizzat naik tren. Muka dia macam. Wow. seronoknya!. ahahah



Tengok abah saya...Berani. Dia cakap kat Ular tu. duk diam-diam...ahahha



Ular ni bergerak, semua cuak....kikiki



Ni atas feri, Ingat tak yang part 2 saya cakap husband nak pergi penang semata-mata nak makan nasi kandar.




My family, 1st time naik feri, 1st time ke penang. Tima kasih sesangat dekat husband saya kerana ajak kami sekeluarga ke sana. Touching sangat kerana beliau berusaha membahagiakan keluarga saya.


Kami bertolak dari tambun pada pukul 4.30ptg dan sampai penang pada pukul 7mlm. Lepas makan nasi kandar, kami gerak balik. Sampai homestay pukul 11mlm.







Lost World of Tambun - Part 2

Ok. kita sambung part 2 pula ye.

Pagi tu lepas siap-siap, kami pun bertolak lah ke lost world of tambun. Disebabkan homestay kami hanya 10minit daripada Lost World, kami tak perlu rushing. Boleh view entry ni untuk tahu kat mana homestay tu.

Sampai saja sana, husband parking kereta betul-betul depan pintu masuk. Dia ni memang malas nak jalan jauh. Kalau boleh parking kat depan kaunter, tentu depan kaunter dia park. huhu...

Malas nak cerita panjang, biar gambar sahaja yang berbicara. hohohoho.


Sebelum masuk tu sempat posing. Terlentok pula kepala saya. ahaha


Ni adik-beradik saya, yang cinonet tu adik yang bongsu. Ramai orang tanya, betul ke adik, macam anak je...huuhuhu. Tapi percayalah, itu adik saya.kikiki


Gambar ni saya yang capture. Mulanya saya tak faham apa yang cinonet tu buat. Tapi bila tengok betul-betul, memang kelakar, hahaha


Ala kucing, sayangnya saya. Kitaorang gelak sakan bila tengok budak ni cium kucing. Dia ingatkan tu kucing betul..=)


Sumpah tak nak naik benda ni. Pening beb!

Sebelum kena putar, boleh lagi peace dan tersenyum.



Si cinonet ni duk bising nak turun, tapi saya paksa juga suruh duduk dalam tu. Yang hairan, lepas turun dari situ dia siap boleh berlari, tapi saya dah mabuk darat...kikiki



Umie dengan kak cik,

Kak nik. Eksyen nak duk sorang


Ni adik perempuan bongsu. Kak Su. 


Ok, siap sedia, dah berpusing ni...ahahha


Yang ni mampu tengok je tak nak naik sebab benda ni pusing gak. haha. serik

 
Get Ready!.

Nanti kita sambung part 3 pula ye. Selepas pergi Tambun, husband ajak makan nasi kandar kat Penang. Husband saya memang suka buat keje gila, hahaha...Tapi gila-gila u, I tetap sayang U. hehehe. Nanti saya cerita pasal pasal Penang pula ye.

























Thursday, November 12, 2015

Lost World Of Tambun Ipoh Perak - Part 1

Hai, Assalamualaikum..

Seminggu lagi sekolah akan start bercuti kan?. Apa rancangan korang. Nak pergi jalan-jalan dimana. Mana tempat yang boleh bawa seisi keluarga bersantai. Saya suggest korang bawa family korang ke Lost World of Tambun. Kenapa pergi tambun, tak de tempat lain ke? heheheh...Sebab saya baru je pergi tambun bulan lepas. Jom baca apa kelebihan tambun ni bagi saya.

Sebenarnya kami tidak merancang pun untuk ke sana. Tapi kebetulan adik saya konvo dekat ulu kinta, perak jadi saya dan suami merancang untuk short vacation ke sana. Time kitaorang pergi tu, Lost World of Tambun ada buat promosi tiket iaitu Buy 1 adult, FREE for Childred. So, apa lagi kan.. REZEKI...=)

Saya beli tiket itu online je. Sebab memang malas nak beratur panjang kan. Korang boleh refer harga tiket dekat bawah ni. Sekarang masih lagi ada sale. Cepat beli tau. Klik link ni



Kitaorang tak stay kat hotel Tambun. Sebab pergi family, tak best stay kat hotel. Tak bebas. Adik saya sewakan homestay untuk kitaorang sekeluarga. Homestay ni memang best. Bersih dan selesa. Pendek kata, if kami nak pergi ipoh lagi, memang kami akan stay kat situ lagi sekali. Hehehe.

Ni view homestay kami.. Kami beri taraf 4 bintang. 


Nama Homestay : Villa Singgah

Bahagian Depan Rumah

Pintu masuk

Jalan Keluar 

Halaman Homestay

Owner asal kelantan, tapi duduk ipoh dah lama. Friendly. Mudah di bawa berbincang. So kalau korang rasa nak save budget. Tak payah lah sewa hotel mahal-mahal tu. Kat sini korang boleh request untuk barbeque juga. Best kan?

Untuk pengalaman kat Lost World Of Tambun tu. kita akan cerita dekat Part 2. 
Stay tune! Stay Cun. =)

Korang dah shopping tak kat online butik saya. Kalau belum jom shopping, banyak tudung cantik-cantik kat sana. 



Thursday, November 5, 2015

Bagaimana Merancang Pengurusan Kewangan

Hai, Assalamualaikum w.b.t

Sudah view website wanezza untuk pembelian tudung? Kalau belum cepat-cepat view ye, banyak tudung cantik-cantik kat situ. Semalam saya ada terbaca satu perkongsian Financial Management di wall kawan saya...Ni link wall dia, misswishwardrobe..boleh view untuk cuci-cuci mata..=)

Ok sambung balik. Kita sudah ada business, sudah running dengan jayanya, namun bagaimana nak merancang pengurusan kewangan supaya lebih tersusun. 


Antara tips-tips yang di kongsi oleh beliau ialah : 

INCOME - SAVINGS = EXPENSES

Jadi disini, selepas tutup akaun, kita kena buat kira-kira untuk untung rugi company pada bulan tersebut sebelum di bawa ke bulan hadapan.

Kira JUMLAH  SALE BULANAN - 2.5% Zakat
(yang ni wajib tolak, jangan risau perniagaan kita pasti akan bertambah maju)

So, jumlah INCOME kita adalah amount selepas ditolak dengan Zakat.
.
.
.
Sekarang kita kebahagian SAVINGS pula.

6 Jenis SAVINGS yang company kita wajib ada.

1. Financial Freedom Account (FFA) : 10%

  • FFA adalah long term saving (5-10 years) for our bisnes.
  • Mungkin nak buka kilang, beli own building etc.
  • So this is the savings yang kita tak boleh usik sehingga tempoh matang yang kita tetapkan tadi.


2. Give : 5%
  • The more you give, the more you get. Need further explaination? ๐Ÿ˜‚
  • 5% ni tak termasuk zakat (2.5%) tu tau. Zakat WAJIB. Sedekah SUNAT.


3. Long Term Save & Spend (LTSS) : 10%
  • Tempoh matang tabung ni 1-3 tahun. Depends on apa perancangan korang.
  • Mungkin nak renovate kedai, bayar deposit cawangan baru, tambah machine dan sebagainya..
  • Yang bisnes online mungkin ada plan nak join event besar2 yang sewa tapak RM 4-5K kn? So, every month simpan sikit2 utk bayar duit sewa tapak tu.
  • Mungkin juga utk buat stock utk musim perayaan nanti or new collection designs. Terpulang pada keperluan masing-masing.
  • Syarat dia, simpan duit utk di belanjakan๐Ÿ‘

4. Education : 10%
  • Ni bajet utk education korang. Bisnes owner & staffs WAJIB tambah ilmu. 
  • So bila dh ada bajet, tak yah nak kedekut lagi pergi UPGRADE KNOWLEDGE & DIRI.
  • Nak conduct training for agents pun boleh guna bajet dari education fund ni.


5. Play : 10%
  • Tabung paling bestttt๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
  • Boleh guna utk belanja staff makan, bercuti, buat family day.
  • Senang cerita ni tabung utk ENJOY!!
  • Treat your staff n yourself sebagai reward & utk buat staff lebih motivated utk kerja dan bg THE BEST in their job.

6. Necessities : 55%
  • Lepas dah tolak 5 tabung kat atas, ini adalah balance utk keperluan bisnes
  • Bayar bil, bayar gaji staff, bayar GAJI DIRI SENDIRI (business owner), rental etc
  • TERMASUK restock barang!!
**55% tak cukup utk necessities?
For the beginning kita boleh 'cilok' kat PLAY, EDUCATION & LTSS, means boleh stretch to 85% utk PERMULAAN.
.
.
Tapi mesti ingat FFA DAN SEDEKAH TAK BOLEH KACAU. Itu adalah kunci utama untuk terus maju dalam perniagaan.
.
.
By time, kita kena mula jugak la tabung PLAY, EDUCATION & LTSS. Mungkin mula dengan 3% utk setiap tabung (7% cilok ke necessities buat sementara waktu).
.
.
Slowly reduce your necessities expenses dari 85% ke 55%.
.
.
Macam mana nak reduce?
.
1. Jangan buat/ambil stock terlalu banyak at one time. Dah habis, baru top up.
2. Remove perbelanjaan kecil yg tak perlu. 
Cth : itemised bill, Printing less important documents. STAY DIGITAL. ✌๐Ÿผ

*********************************************************************************

๐Ÿ’ฐ Bisnes owner perlu berdisiplin ambil GAJI TETAP EVERY MONTH.
.
๐Ÿ’ฐ Bayar gaji YANG BERBALOI dengan usaha anda.
.
๐Ÿ’ฐ Daripada GAJI TETAP yg kita dapat, buat pecahan 6 tabung mcm kat atas ๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† untuk our personal financial.
.
๐Ÿ’ฐTetapkan tempoh tertentu utk bayar BONUS kepada diri.
.
๐Ÿ’ฐJANGAN BAYAR GAJI ANDA BERDASARKAN JUMLAH JUALAN (penting!)
.
๐Ÿ’ฐ Rekod semua duit keluar masuk. TERMASUK DUIT MAKAN dan PERGI TOILET. supaya kita tahu mana pergi duit. DAN kita tahu kat mana kita BOLEH reduce expenses on necessities. 


Haa...amacam panjang tak? Kalau korang nak berjaya, korang mesti rajin baca semua tips tu. Jangan Scroll sampai bawah saja.


Wednesday, November 4, 2015

Aku Bukan Isteri Sempurna

Lirik Lagu : Bukan Isteri Sempurna
Artis : Mila

Aku tak mungkin memaafkan
Kesalahan engkau terhadap diriku
Engkau meragut Semua
Menodai diriku tanpa rela

Aku ditinggalkan seorang diri
Engkau pergi jauh tak mungkin kembali

Dia sudi terima
Dia sanggup menjadi penggantimu

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isterui sempurna
Tetapi aku sanggup hidup setia
Disampingmu selamanya

Percayalah percayalah
Jangan lagi kau ragui aku

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isterui sempurna
Tetapi aku sanggup hidup setia
Disampingmu selamanya

Percayalah percayalah
Kerna aku teramat menyayangimu

Aku harap engkau sudi
Untuk terima diri ini
Cintai aku sayangi ku

Iklan Kejap! =)

_________________________________________________________________________________

Hai Assalamualaikum w.b.t

Siapa dekat sini bakal menjadi pengantin baru. Angkat tangan! Huiihh ramainya..Mesti tak sabar kan untuk mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera bersama insan tersayang.  

Sebelum itu, tahu tak persediaan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri favourite suami. Meh sini saya kongsikan tips-tips dan cara-cara untuk menambat hati suami.

Saya bukanlah isteri sempurna namun begitu saya cuba sedaya upaya untuk jadi sempurna di mata suami tercinta. Ketepikan segala kepentingan diri dan rendahkan ego diri demi membahagiakan orang yang saya sayang. Ini kerana, suami bahagia, saya pun bahagia (sebab tu lah lepas kahwin badan dah macam di pam-pam =p).

Sebenarnya untuk jadi seorang isteri bukanlah senang. Perlu korban masa untuk diri sendir. Lebih mencabar lagi jika menjadi isteri yang berkerjaya dan tinggal bersama keluarga suami. Semua tingkah laku memerlukan penelitian agar tiada nampak cacat cela di mata keluarga suami. Jika sebelum ni kita biasa bangun pagi terus bersiap-siap pergi kerja, namun bila sudah kahwin, kita perlu bangun pagi untuk menyediakan sarapan buat suami dan keluarga. Pendek kata rutin kita akan berubah dan kita memerlukan tenaga extra 3 kali ganda daripada sebelum berkahwin.

Amacam ada rasa excited lagi tak nak kahwin. Cuak lah tu..hahaha.. tak pe..bak kata orang tua, jika dah cinta, jika dah sayang, lautan api pun sanggup kita hadapi kan?

Jom baca tips dibawah. Dipetik dari FitrahPower.

1. Isteri yang cerdik

Cerdik bukan bermaksud berpelajaran tinggi dan ada segulung ijazah. Cerdik ini bermaksud isteri yang betul-betul mengenali siapakah suaminya, menjadi tempat bersandar ketika suami sedih, tidak mudah merajuk tentang perkara-perkara kecil, menjaga maruah suami dihadapan kawan-kawannya. Tapi memang jadi lumrah wanita, bukan senang kan nak lakukan semua ni..tapi percayalah, inilah kunci utama suami semakin sayang.

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jika isteri bekerja, bantulah suami sedikit sebanyak dalam kewangan keluarga. Tolong lah suami secara ikhlas. Itu lebih afdal. Jangan berpegang kepada prinsip 'duit suami duit aku, duit aku, tetap milik aku'. Tak boleh kongsi. 

3. Manager dalam segala hal

Jika di pejabat, kita bos yang berkaliber, yang efisyen dalam semua hal. Apakata dalam rumah tangga pun kita jadikan diri sebagai manager. Uruskan makan minum suami, anak-anak, jaga kebersihan dan perbelanjaan rumah. Pernah dengar istilah SUPERWOMAN. Ye, semua wanita boleh jadi superwoman.

4. Selalu di belakang suami

Tips ni selalu saya buat. Memang saya akan selalu berada di belakang suami tidak kira dalam apa jua keadaan. Contohnya, suami saya ni berniaga, jadi salesperson kereta perodua. Jadi setiap bulan beliau memang perlukan bantuan saya untuk promosi perniagaannya supaya sales boleh naik mencanak. Alhamdulillah semenjak saya menjadi tulang belakang suami, beliau berjaya menjual kereta perodua sebanyak 15 buah sebulan. Tak percaya bukan? Daripada jual 3 buah boleh naik kepada 15 buah kereta. Jadi untuk menjadi isteri yang hebat, kita perlu menjadi tulang belakang suami. 

Sesiapa yang nak beli kereta perodua, boleh layari website suami saya di www.oneperodua.com

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Isteri seharusnya pandai memasak. Tak perlulah nak memasak setaraf Chef Wan, cukuplah sekadar kita tahu apa makanan kegemaran suami kita sendiri, Suami saya suka makan ayam kicap. So seminggu sekali saya akan masakkan ayam kicap untuknya. Kalau boleh belajarlah memasak daripada mak mertua kita kerana perut suami kita sudah sebati dengan masakan ibunya. Tak salah curi rahsia masakan ibu mertua untuk pikat hati suami sendiri kan. 

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami. 



So nasihat untuk para isteri atau yang bakal menjadi isteri, amalkan tips-tips ini. Insyaallah kita akan isteri dambaan suami. Yang penting, kita perlu jaga mulut dan tutur kata agar tidak mengguriskan hati suami dengan tanpa sedar.



Tuesday, November 3, 2015

Surat untuk Ibu Mertua


ุงَู„ุณَّู„َุงู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุง ุชُู‡

Assalamualaikum ibu mertuaku,

Apa khabar ibu? sihatkah ibu?

Salam perkenalan daripada menantu barumu ini. 

Ibu,
Saya, bukanlah calon menantu pilihan ibu. Saya hanyalah calon menantu yang telah dipilih oleh anak ibu. Saya bukanlah daripada keluarga yang berada dan bukan juga dari keluarga yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanyalah dari keluarga yang biasa sahaja.

Saya juga bukanlah semulia Siti Khadijah, Bukan pula setakwa Aisyah ra dan tidaklah setabah Fatimah Az Zahra. Bukan juga secantik zulaika dan apatah lagi sepandai Al Khansa dalam mendidik cucu-cicit ibu.
.
.
.
.
.
Tapi,..Seperti yang saya katakan….saya hanya wanita biasa,…
.
Dengan ketakwaan yang biasa….
.
Ketabahan yang tak seberapa,…..
.
Dan kecantikkan saya pun tidak dapat dibandingkan.
.
Kesabaran yang tidak seberapa..
.
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
.
Yang akan berusaha patuh dengan arahan anak ibu dan juga padamu ibu…..



Ibu,
Ketahuilah, saya hadir dalam hidup ibu serta anak ibu bukanlah untuk menjadi musuh. Tidak pernah sekali untuk merebut dan merampas kasih-sayang yang telah ibu semai di antara anak serta cucu-cucu ibu. Hadirnya saya hanyalah untuk sebagai pelengkap hidup anak ibu serta cucu-cucu ibu. Tiada niat untuk menjadi batu api merenggangkan hubungan ibu sekeluarga.


Duhai Ibu,
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu. Namun saya harap ibu mampu melihat kebenaran. Ibu tidak perlu khuatir kerana saya tidak akan memonopoli perhatian anakmu. Saya tidak marah jika ibu ingin mengatur kehidupan rumah tangga yang dibina.


Ibu,
Saya berharap kita dapat menjadi rakan yang baik. Berkongsi rahsia. Janganlah ibu menganggap saya sebagai orang asing kerana percayalah saya tidak pernah menganggap ibu sebagai orang luar setelah akad nikah dilafazkan oleh anak ibu.


Ibu, 
Jika ada jarum tajam menusuk  ibu, jika ada bisikan yang berbisik ditelinga ibu, saya berharap ibu abaikan semuanya kerana  saya memang ikhlas ingin menyayangi ibu seperti mana saya menyayangi kedua ibu-bapa saya.

Salam Sayang daripada,
Menantu Barumu.

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...