Tuesday, April 5, 2016

Butik Vendor Trend Masa Kini

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana sehari ke sehari, pelanggan Wanneza Luxury semakin bertambah. Walaupun sekadar menjadi stokist kepada jenama JELITASARA, namun nama kami semakin hari semakin kerap meniti di bibir pelanggan dan peminat shawl JELITASARA. Insyaallah suatu hari nanti, jika diberi keizinan kami akan keluarkan produk kami sendiri. INSYAALLAH…Korang doakan saya ye.

Instagram kami bermula daripada 100 orang follower. Namun semakin hari semakin meningkat naik. Sehingga ke hari ini kami mampu mencapai hampir 7k++ follower dan semuanya adalah aktif follower dan bukan robot. Alhmdulillah..ramai-ramai follow kami @wannezaluxury ye. Insyaallah kami akan bagi servis yang terbaik hanya untuk customer kami.

Sekarang, bagi menampung permintaan pelanggan di sekitar Selangor dan kuala lumpur, kami telah join vendor dengan IMANRAZA EXCLUSIVE BOUTIQUE di wangsa maju. Kami faham kerana ada customer yang ingin pegang,rasa dan melihat sendiri koleksi JELITASARA secara dekat. Alhamdulillah, dengan lokasi butik yang strategic, BUTIK IMANRAZA senang dikunjungi oleh pelanggan dari KUALA LUMPUR dan sekitarnya.

Pendek kata, jika dulunya kami hanya berjalan dan bertatih, namun sekarang kami sudah mampu berlari. Saya berharap Wanneza Luxury akan mampu duduk sebaris dengan jenama-jenama terkenal yang lain seperti Leeyanarahman, Minaz, Bellaammara,Aidijuma,Fareeda dan sebagainya.

Ok. Saya nak share sikit tentang apa itu vendor butik?

Kalau ikut pendapat saya, vendor butik tu merupakan satu butik yang menghimpunkan pelbagai jenama di bawa satu bumbung. Macam-macam ada jual kat butik tu dari baju,tudung, sehinggalah ke aksesori. Jadi senang untuk customer membuat pilihan. Mula-mula beli baju, then cari tudung yang match dengan baju kemudian boleh cari aksesori yang sesuai dengan pakaian. Ini bukan sahaja memberi kesenangan kepada pelanggan bahkan memberi keuntungan kepada vendor yang ada dibutik itu.

Next Entry saya akan kongsi macam mana caranya saya mencari vendor butik terbaik.

So STAY FOLLOW saya ye.





Kejadian Letupan di Mid Valley Megamall pada 05.04.2016

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi ini kecoh di mid valley ada letupan. Ada yang cakap puak-puak IS lah..Ada orang letak bom lah. Macam-macam spekulasi. Tapi sebenarnya letupan berpunca daripada kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG). Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai telah mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam, dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, kawan office saya sedang berada di starbucks ketika kejadian. Katanya, dia mendengar letupan tapi tidak sekuat letupan bom. Apabila dia keluar daripada starbucks, dia melihat orang awam lari lintang-pukang dari tempat kejadian, Nasib baik restoran belum lagi beroperasi sepenuhnya, jika tidak, mungkin akan mengakibatkan kecederaan orang awam, Dinding cermin di restoran chili's hancur berkecai. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.45am. 


Boleh view gambar dibawah untuk dapat gambaran yang jelas. Patutlah hari ni husband ajak makan chili's pun saya tak nak...hehehe..kalau tak kempunan saya. huhuh.

12439353 953772941396670 7856038335486849239 n

 Bahagian depan restoran chili's



Cfpuinzuyaasivm

Time ni polis dah sampai.



Cfpj2tzuaaa 07f

Nampak tak tiang tu, hampir tumbang, jika ada customer kebiasaan suka lepak dekat luar. Nasib baik tak de customer lagi time tu.


12512432 10153578006996309 3150532651255418252 n

Time ni pihak bomba dah sampai, Tapi macam biasalah, rakyat malaysia kan prihatin, ramai yang berkerumun di tempat kejadian.


12321441 10153385556251746 6639659889701010259 n

Mc Donald di LG pun turut terkesan, Kuat juga letupan ni.

Kesan daripada letupan ini,semua punca gas di mid valley ditutup. Akibatnya foodcourt dan restoran tak dapat beroperasi seperti biasa kerana dikuatiri ada lagi gas yang bocor. Tadi teringin nak makan Secret Resepi, Yelah hari ni besday saya kan, Tapi bila pergi katanya tak dapat nak masak sebab gas ditutup...(T_T). So tak pe lah, lain kali lah kita makan ye..pujuk hati sendiri...

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...