Tuesday, November 3, 2015

Surat untuk Ibu Mertua


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Assalamualaikum ibu mertuaku,

Apa khabar ibu? sihatkah ibu?

Salam perkenalan daripada menantu barumu ini. 

Ibu,
Saya, bukanlah calon menantu pilihan ibu. Saya hanyalah calon menantu yang telah dipilih oleh anak ibu. Saya bukanlah daripada keluarga yang berada dan bukan juga dari keluarga yang tinggi ilmu agamanya. Saya hanyalah dari keluarga yang biasa sahaja.

Saya juga bukanlah semulia Siti Khadijah, Bukan pula setakwa Aisyah ra dan tidaklah setabah Fatimah Az Zahra. Bukan juga secantik zulaika dan apatah lagi sepandai Al Khansa dalam mendidik cucu-cicit ibu.
.
.
.
.
.
Tapi,..Seperti yang saya katakan….saya hanya wanita biasa,…
.
Dengan ketakwaan yang biasa….
.
Ketabahan yang tak seberapa,…..
.
Dan kecantikkan saya pun tidak dapat dibandingkan.
.
Kesabaran yang tidak seberapa..
.
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
.
Yang akan berusaha patuh dengan arahan anak ibu dan juga padamu ibu…..



Ibu,
Ketahuilah, saya hadir dalam hidup ibu serta anak ibu bukanlah untuk menjadi musuh. Tidak pernah sekali untuk merebut dan merampas kasih-sayang yang telah ibu semai di antara anak serta cucu-cucu ibu. Hadirnya saya hanyalah untuk sebagai pelengkap hidup anak ibu serta cucu-cucu ibu. Tiada niat untuk menjadi batu api merenggangkan hubungan ibu sekeluarga.


Duhai Ibu,
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu. Namun saya harap ibu mampu melihat kebenaran. Ibu tidak perlu khuatir kerana saya tidak akan memonopoli perhatian anakmu. Saya tidak marah jika ibu ingin mengatur kehidupan rumah tangga yang dibina.


Ibu,
Saya berharap kita dapat menjadi rakan yang baik. Berkongsi rahsia. Janganlah ibu menganggap saya sebagai orang asing kerana percayalah saya tidak pernah menganggap ibu sebagai orang luar setelah akad nikah dilafazkan oleh anak ibu.


Ibu, 
Jika ada jarum tajam menusuk  ibu, jika ada bisikan yang berbisik ditelinga ibu, saya berharap ibu abaikan semuanya kerana  saya memang ikhlas ingin menyayangi ibu seperti mana saya menyayangi kedua ibu-bapa saya.

Salam Sayang daripada,
Menantu Barumu.

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...