Friday, October 30, 2015

Rahsia Business Tudung Online

Sebelum ni saya pasang angan-angan nak ada business sendiri. Jadi boss sendiri serta kuli sendiri. Sudah lama tengok dan baca testimoni orang berbusiness. Terliur sampai meleleh air liur. Sampai termimpi-mimpi. Teruk bebenar keinginan untuk ada business sendiri. Selalu berbincang dengan husband mengenai hasrat hati ini.. Alhamdulillah, akhirnya Allah membuka peluang untuk memulakan perniagaan walaupun hanya secara online. Syukur sangat-sangat.

Mengapa perniagaan shawl atau tudung menjadi pilihan saya?

Mula-mula nak buka business perkara pertama yang menjadi penghalang adalah modal. Apabila modal sedikit/terhad, macam-macam yang jadi penghalang. Mampu ke aku ni?, Boleh Berjaya ke aku ni?. Namun, disebabkan keinginan dan keyakinan diri sendiri serta sokongan daripada suami dan ahli keluarga, akhirnya saya memulakan langkah baru dalam hidup. Dengan permulaan modal RM380, saya memulakan perniagaan.


Mengapa saya memilih tudung/shawl sebagai medium untuk saya menapak di dunia business ini?
Kerana shawl/ tudung sudah menjadi Trend. Permintaan tudung/shawl semakin hari semakin meningkat dan itulah peluang yang terbaik untuk saya menapak.


Modal Business Tudung Kecil
Anda tidak perlu ada kedai ataupun ada butik untuk memulakan business ini, Cukuplah sekadar memegang 10 orang customer. Layanan yang terbaik mesti diberikan kepada mereka supaya mereka akan jadi ‘repeat customer’ atau mereka akan jadi medium iklan anda. Pernah dengar tak istilah, ‘The Power of Mouth’. Jaga mereka, sudah tentu anda akan dapat ‘potential customer’ daripada mereka.


Cara mengiklankan Produk
Zaman sekarang semua canggih, anda boleh menggunakan pelbagai medium untuk mengiklankan tudung anda. Kajian mengatakan lebih ramai wanita yang suka online shopping berbanding dengan lelaki. Disinilah anda boleh mengambil peluang untuk menarik ramai customer. Contohnya dengan mengunakan fb ads, Instagram, twitter, blogspot. Tapi saya lebih suka mengguna instagram dan facebook page.


Tips mudah untuk menjalan perniagaan tudung/Shawl
  • Gambar perlu cantik dan menarik
  • Ada maklumat lengkap tentang produk
  • Proses pembelian yang senang dan mudah.
Sila layari website kami untuk pembelian tudung/shawl. www.wanneza.com




CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...