Wednesday, November 4, 2015

Aku Bukan Isteri Sempurna

Lirik Lagu : Bukan Isteri Sempurna
Artis : Mila

Aku tak mungkin memaafkan
Kesalahan engkau terhadap diriku
Engkau meragut Semua
Menodai diriku tanpa rela

Aku ditinggalkan seorang diri
Engkau pergi jauh tak mungkin kembali

Dia sudi terima
Dia sanggup menjadi penggantimu

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isterui sempurna
Tetapi aku sanggup hidup setia
Disampingmu selamanya

Percayalah percayalah
Jangan lagi kau ragui aku

Aku bukan isteri sempurna
Yang terbaik di pandanganmu
Tetapi aku teramat menyayangimu
Aku bukan isterui sempurna
Tetapi aku sanggup hidup setia
Disampingmu selamanya

Percayalah percayalah
Kerna aku teramat menyayangimu

Aku harap engkau sudi
Untuk terima diri ini
Cintai aku sayangi ku

Iklan Kejap! =)

_________________________________________________________________________________

Hai Assalamualaikum w.b.t

Siapa dekat sini bakal menjadi pengantin baru. Angkat tangan! Huiihh ramainya..Mesti tak sabar kan untuk mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera bersama insan tersayang.  

Sebelum itu, tahu tak persediaan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri favourite suami. Meh sini saya kongsikan tips-tips dan cara-cara untuk menambat hati suami.

Saya bukanlah isteri sempurna namun begitu saya cuba sedaya upaya untuk jadi sempurna di mata suami tercinta. Ketepikan segala kepentingan diri dan rendahkan ego diri demi membahagiakan orang yang saya sayang. Ini kerana, suami bahagia, saya pun bahagia (sebab tu lah lepas kahwin badan dah macam di pam-pam =p).

Sebenarnya untuk jadi seorang isteri bukanlah senang. Perlu korban masa untuk diri sendir. Lebih mencabar lagi jika menjadi isteri yang berkerjaya dan tinggal bersama keluarga suami. Semua tingkah laku memerlukan penelitian agar tiada nampak cacat cela di mata keluarga suami. Jika sebelum ni kita biasa bangun pagi terus bersiap-siap pergi kerja, namun bila sudah kahwin, kita perlu bangun pagi untuk menyediakan sarapan buat suami dan keluarga. Pendek kata rutin kita akan berubah dan kita memerlukan tenaga extra 3 kali ganda daripada sebelum berkahwin.

Amacam ada rasa excited lagi tak nak kahwin. Cuak lah tu..hahaha.. tak pe..bak kata orang tua, jika dah cinta, jika dah sayang, lautan api pun sanggup kita hadapi kan?

Jom baca tips dibawah. Dipetik dari FitrahPower.

1. Isteri yang cerdik

Cerdik bukan bermaksud berpelajaran tinggi dan ada segulung ijazah. Cerdik ini bermaksud isteri yang betul-betul mengenali siapakah suaminya, menjadi tempat bersandar ketika suami sedih, tidak mudah merajuk tentang perkara-perkara kecil, menjaga maruah suami dihadapan kawan-kawannya. Tapi memang jadi lumrah wanita, bukan senang kan nak lakukan semua ni..tapi percayalah, inilah kunci utama suami semakin sayang.

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jika isteri bekerja, bantulah suami sedikit sebanyak dalam kewangan keluarga. Tolong lah suami secara ikhlas. Itu lebih afdal. Jangan berpegang kepada prinsip 'duit suami duit aku, duit aku, tetap milik aku'. Tak boleh kongsi. 

3. Manager dalam segala hal

Jika di pejabat, kita bos yang berkaliber, yang efisyen dalam semua hal. Apakata dalam rumah tangga pun kita jadikan diri sebagai manager. Uruskan makan minum suami, anak-anak, jaga kebersihan dan perbelanjaan rumah. Pernah dengar istilah SUPERWOMAN. Ye, semua wanita boleh jadi superwoman.

4. Selalu di belakang suami

Tips ni selalu saya buat. Memang saya akan selalu berada di belakang suami tidak kira dalam apa jua keadaan. Contohnya, suami saya ni berniaga, jadi salesperson kereta perodua. Jadi setiap bulan beliau memang perlukan bantuan saya untuk promosi perniagaannya supaya sales boleh naik mencanak. Alhamdulillah semenjak saya menjadi tulang belakang suami, beliau berjaya menjual kereta perodua sebanyak 15 buah sebulan. Tak percaya bukan? Daripada jual 3 buah boleh naik kepada 15 buah kereta. Jadi untuk menjadi isteri yang hebat, kita perlu menjadi tulang belakang suami. 

Sesiapa yang nak beli kereta perodua, boleh layari website suami saya di www.oneperodua.com

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Isteri seharusnya pandai memasak. Tak perlulah nak memasak setaraf Chef Wan, cukuplah sekadar kita tahu apa makanan kegemaran suami kita sendiri, Suami saya suka makan ayam kicap. So seminggu sekali saya akan masakkan ayam kicap untuknya. Kalau boleh belajarlah memasak daripada mak mertua kita kerana perut suami kita sudah sebati dengan masakan ibunya. Tak salah curi rahsia masakan ibu mertua untuk pikat hati suami sendiri kan. 

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami. 



So nasihat untuk para isteri atau yang bakal menjadi isteri, amalkan tips-tips ini. Insyaallah kita akan isteri dambaan suami. Yang penting, kita perlu jaga mulut dan tutur kata agar tidak mengguriskan hati suami dengan tanpa sedar.



CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...