Assalamualaikum,
Hai, buat apa korang. Online ek. Hehehe. Entry ni rasa macam
nak kongsi tips untuk berjaya dalam online business terutama facebook. Kenapa
FACEBOOK? Kerana zaman sekarang, ramai yang ada facebook tidak kira golongan
umur.
Tips ini saya dapat dari Juwatan Online yang terkenal iaitu Irfan Khairi.
So untuk tidak lupa tips ni, saya rasa saya nak share dekat sini. =)
Untuk Berjaya dalam business di Facebook kita kena pegang
dengan prinsip F.A.C.E.B.O.O.K
What? Mesti korang cakap saya main-main. Apa kaitan facebook and F.A.C.E.B.O.O.K sama je kan. Ok, jangan marah-marah, mai kita baca apa makna F.A.C.E.B.O.O.K.
F = Fan Page
A = Add Like
C = Connect to people
E = Experience
B = Buy advertisement
O = Offer
O = Online Always
K = Keep Going step F to O
Fan Page
Fan page ialah page yang kita createkan untuk memulakan business. Ia juga dikenali sebagai business page dimana kita berkongsi informasi tentang perniagaan kita. Kelebihan fan page ialah kita boleh engage dengan unlimited people. Tiada had.
Add Like
Lagi ramai yang like fan page kita, lagi cerah peluang kita untuk dapat sale. Ini kerana, sekali post di fan page, semua yang like page kita akan dapat promosi tentang produk. Mudah bukan?
Connect to People
Kebiasaanya ada 2 ways communication dimana ada pertanyaan dan soalan. Lagi bagus jika kita pos status dan tinggalkan pertanyaan.
Experience
Yup. Jangan kedekut. Ilmu itu akan lebih berkat dan melekat di minda jika kita sharing to others. Kalau tak de benda nak share. Boleh share maklumat dekat follower or liker kita. Macam yang saya buat ni,.. hehehe...(tersyok sendiri pula =P)
Buy Advertisement
Beli iklan. Beli iklan. Beli iklan. Haa.. nak berjaya, jangan takut untuk beli iklan. kat facebook ada facebook ads. So, untuk dapatkan banyak like supaya korang ramai follower, korang boleh purchase advertisement. Ini lagi mudah untuk promosi jualan kita kerana ramai yang akan engage dengan fan page kita.
Offer
Selalulah buat offer. Offer new year, Offer Chinese New Year dan sebagainya. Pendek kata korang kena alert dengan cuti umum dan perayaan di Malaysia ni. Contohnya korang boleh tengok JUSCO, AEON BIG, GIANT dan lain-lain, pantang ada perayaan atau sambutan di malaysia, pasti ada SALE!. kecuali sambutan hari lahir saya...hihihi.
Online Always
Yang ni penting.. Korang kena tunjuk yang korang selalu online. Caranya, post lah status, share page ke, apa-apa je yang customer tau korang ni sentiasa aktif online. Ini kerana nak build trust dekat customer yang kita ni exist..Kalau korang memang selalu online tapi tak tunjuk yang korang ni exist, mesti customer akan fikir dua tiga kali untuk beli dengan korang. Ye la, t bank in duit senyap. Tak de feedback. (faham tak part yang ni, kalau tak faham boleh tanya ye)
Keep Going
Yang ni step F-O. Korang kena selalu buat. Jangan ada miss.Insyaallah nanti korang akan berjaya.
Sekarang Wanneza Luxury pun dalam tempoh belajar lagi, banyak yang perlu diperbaiki. Tapi ilmu yang ada ni, saya kongsikan untuk semua. Saya bukan guru, bukan sifu. saya pun masih belajar. dan ingin berjaya macam sifu-sifu perniagaan online yang lain. So jom sama-sama kita berjaya. kikiki.
Jangan lupa klik website saya untuk shopping ye. Jika berkenan terus beli tau.=P
Website : www.wanneza.com
Instagram : @wannezaluxury
Fan Page : Wanneza Luxury