Tuesday, December 20, 2016

7 hari mencintaiku- Suami panas baran.

Assalamualaikum kekawan,

Hari ini, saya bagi tips sikit. Nak cakap pro tak de lah..Tapi insyaallah saya kongsi tips melalui pengalaman dan pembacaan...Sebagai seorang isteri, kita menginginkan seorang suami yang penyayang, pengasih, penyabar, penolong, dan sangat memahami. Jika ditanya kepada semua wanita, apa ciri-ciri lelaki idaman, hampir semua sifat di atas dimasukkan ke dalam list suami impian. Macam saya juga...siapa tak nak suami yang macam tu kan?.
.
Namun, perlu diingatkan, tak semua angan-angan dan impian yang kita nak tu menjadi kenyataan. Jika kita mendapat suami yang tak romantik, yang panas baran dan kurang penyabar, itu bukan salah kita tapi kita sangat bertuah tau. Sebab dari situ Allah nak bagi kita pahala sabar banyak-banyak. So, enjoy your life.. Jangan murung sentiasa. Dianugerahkan suami yang pemarah, panas baran dan kurang sabar ini bukanlah hukuman kesilapan lampau kita,tapi itu adalah punca hikmat untuk kita hidup bahagia di dunia ini.

Lelaki seperti Khuzairi (dalam drama 7 hari mencintaiku) amatlah susah. Jika suami anda seperti beliau, saya ingatkan jagalah suami anda ni sebaik mungkin. Jangan abaikan beliau seperti Mia.


Ok. disini saya nak kongsi tips bagaimana nak hadapi dengan sikap suami yang panas baran.

Pertama -  Jangan tambahkan bara ketika api sedang marak.
- Faham tak tips tersebut, ketika suami tengah marah, elok lah kita diam, jangan berkata apa-apa. Bila dah reda sikit, baru bagitau apa yang kita tak puas hati dengan beliau...Elakkan whatsapps atau mesej bertalu kerana boleh mendatangkan marah (yang ni saya susah nak buat...hihihi)

Kedua - Minta maaf walaupun bukan salah kita.
- Lelaki memang sikapnya ego, bagi dia, kita sebagai isteri perlu hormat dia, perlu tunduk dengan dia, tak kiralah dia salah atau tidak. jadi minta maaf tu penting...Biarkan hati kita sakit. Janji jangan bergaduh sampai berminggu-minggu tak bercakap..

Ketiga - Memujuk.
- Orang yang cepat panas ni sebenarnya cepat sejuk. Kena pandai memujuk. Cara memujuk tak kira lah macam mana pun, janji ada ciri-ciri nak memujuk. Kalau suami tu suka makan asam pedas, masakkan asam pedas. Tapi kalau dia tak makan sabar je lah.. lelaki yang panas baran ni luaran je nampak keras dalaman macam tisu.
.
Rasanya itu sahaja kot point yang penting. So, kalau dapat lelaki macam si Khuzairi tu, Alhamdulillah, itu rezeki awak. Jaga elok-elok. Tapi kalau dapat suami macam Tuan Ehsan ( tetiba), kena lah sabar...Hahahaha.
.




No comments:

Post a Comment

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...