Tuesday, December 6, 2016

Abah,engkau tiada galang gantinya.

Assalamualaikum semua,

Hidup ini terasa kosong semenjak ketiadaan abah. Sungguh terasa permergiannya secara tiba-tiba tanpa sempat eza nak bersedia di atas kehilangannya. Banyak dugaan yang terpaksa eza hadapi sejak kebelakangan ini. Dari perasaan sentiasa dilukai sehinggalah kena buang kerja. Semua tugas abah, automatik dipikul di atas bahu eza. Berat sangat dirasakan, tapi eza redha. sebab eza tahu ujian yang allah berikan ini hanya untuk orang-orang yang terpilih sahaja.
.
Sekarang, eza sangat-sangat memerlukan sokongan daripada pasangan. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana dikurniakan pasangan yang tak pernah berkira dari segi wang ringgit dan masa untuk keluarga eza...Sesungguhnya, jika tiada beliau, eza pasti tak dapat berdiri seperti sekarang...Terima kasih kepada abang..walapun eza tahu dia tak kan baca pun entry ni.....Walaupun eza serba kekurangan, namun dia tetap menerima diri ini seadanya. Terima kasih sayang.
.
Kepada yang sudah berkahwin, supportlah pasangan anda yang baru sahaja kehilangan orang yang tersayang. Mungkin kerana status mertua, kita tidak rasa kehilangan namun bayangkan apa perasaan pasangan kita. Sentiasalah disamping mereka kerana mereka amat-amat perlukan sokongan dan semangat dari kita untuk terus hidup di dunia ini. Kadang-kadang emosi pasangan terlampau bercelaru sehingga ada sahaja benda yang mereka buat tidak tercapai dek akal. Namun, kita sebagai pasangan supportlah mereka. Jangan sisihkan mereka dan biarkan mereka buat sesuatu seorang diri. Sesungguhnya ketika ini, pasangan kita itu memerlukan sokongan dan dorongan kita.
.
Abah, rindu sangat kat abah. Moga abah tenang dan bahagia di sana. Tunggu kami ye abah. Insyaallah kita akan jumpa nanti.


No comments:

Post a Comment

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...