Friday, September 30, 2016

ABAH, WE MISS YOU.

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 22 september 2016, tepat pada pukul 12 tengah malam, kami kehilangan abah yang tersayang. Sungguh tidak sangka sebab semuanya berlaku dengan begitu pantas..Rasa sekejap sahaja kami bersama. Belum puas lagi merasa kasih sayang seorang ayah. Abah pergi meninggalkan kami semua tanpa sebarang pesan. Aizzat yang berumur 3 tahun, masih kecil dan tidak faham apa-apa pun. Kenapa cepat sangat abah pergi meninggalkan kami ketika kami masih memerlukan abah.

Abah,
Hari ini kami tahu, jika kami mengucapkan rindu dan sayang kepada abah, tiada gunanya kerana abah telah pergi mengadap Illahi. Sekarang kami tahu, jika kami rindu, ayat-ayat al-quran sahaja yang dapat kami sampaikan. Kami sudah tidak dapat memeluk abah dan mencium abah lagi. 

Abah, 
Ketika abah masih ada, segala masalah kami ceritakan kepada abah. Ye..walaupun abah tak dapat menolong tapi abah memang pendengar yang baik. Biarpun pada ketika itu, memang salah kami, abah tetap sebelahkan kami dan memberi nasihat kepada kami. Abah, Along rindu abah sangat-sangat.. Kepada siapa lagi untuk Along luah segala masalah Along. Hanya abah sahaja yang memahami dan amat-amat supportive. 

Abah,
Sehingga sekarang, kami masih tidak dapat menerima hakikat bahawa abah telah pergi selama-lamanya. Kerana kami rasakan abah sentiasa ada di samping kami, Rindu sangat nak call abah dan mendengar suara abah di talian. Namun, semua itu hanya mimpi kan abah, Along tau abah sedang bersemadi dengan aman disana. Maafkan kami kerana ketika teringatkan abah, air mata kami pasti membasahi pipi kami. Kami tak sengaja. Mungkin kerana terlalu rindukan abah. 

Abah,
Sekarang Aizzat seakan-akan mengerti yang dia telah kehilangan abah. Tidak pernah sesekali dia bertanya tentang abah. Tidak pernah sesekali dia merengek menginginkan abah. Tapi setiap saat, setiap waktu, dia akan mencium gambar abah. Dia seolah-olah bercerita sesuatu dengan gambar abah. Air mata dia pasti bergenang. Ye, aizzat sedih kerana baru 3 tahun bersama abah. Selepas ketiadaan abah, perangai aizzat sangat sukar di kawal. Dia seakan-akan memberontak dan asyik merengek. Kami tahu yang dia rindukan abah walaupun dia tidak bercerita kepada kami. Aizzat tahu abah dimana. Setiap kali kami menziarahi kubur abah, dia abah memberikan ciuman seolah-olah ciuman itu diberikan di pipi abah. Sayu hati kami melihatnya..

Abah,
Along terpaksa meninggalkan umi dan aizzat di kampung. Kami merancang hendak membawa mereka berdua tinggal di kuala lumpur. Biar dekat dengan kami senang untuk kami jaga. Jika di kampung, umi mesti akan susah. Terpaksa minta bantuan orang untuk menolongnya. Abah terlalu manjakan umi sehingga semuanya abah uruskan. Sekarang, kami melihat umi terkial-kial seorang diri untuk uruskan segala-galanya. Kesian kami tengok dia abah, tapi abah jangan risau dia nampak kuat demi aizzat. Susah sikit untuk umi bergerak ke mana-mana kerana umi hanya pandai motor tapi tiada lesen. Abah tentu tak menyangka yang abah akan pergi terlalu awal kan? Kami pun sama abah. 

Abah,
Sekarang along telah mengambil alih semua tanggungjawab abah. Semua along terpaksa galas di atas bahu along sendiri. Walaupun along telah berkahwin, tapi tak mungkin along akan susahkan Wan. Along rasa penat sangat abah, mungkin dulu pun abah rasa macam ni kan.? Bukan senang nak jadi ketua keluarga kan abah. Maafkan along sebab semasa abah hidup  along selalu menyusahkan hidup abah. Kak su sekarang ni nampak kuat. Tapi dia pun terasa juga sebab setiap minggu abah akan pergi jenguk dia di mrsm kan. Sekarang ni dia hanya mampu menunggu je lah..tak de dah orang nak bawa makanan dan berkelah di mrsm macam abah selalu buat dulu.

Abah,
Kami sangat rindukan abah. Tiada ayah terbaik selain abah. 1 juta yang datang pun takkan sama macam abah. Masih terbayang-bayang saat abah menghembuskan nafas terakhir, Tenang sangat. Moga abah tenang di sana. Kami doakan abah berada bersama orang-orang yang soleh.

*p/s : kepada readers, tolong sedekah al-fatihah untuk arwah abah saya. Hanya ini sahaja yang saya dapat tolong. Moga al-fatihah yang disedekahkan akan sampai kepada arwah abah saya.




No comments:

Post a Comment

CHALET PANTAI BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua..!, Apa khabar? Sebenarnya cerita ni dah lama tersimpan dalam draf. Lately ni busy sangat sampaikan tak sempat na...